top of page

Penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1978 hasil usaha   tokoh-tokoh masyarakat dan kerajaan yang telah memperuntukan sebanyak RM209,000.00 bagi membeli tapak untuk pembinaan sekolah.

Bangunan sekolah dua tingkat telah siap dibina pada akhir tahun 1979 dengan menempatkan bilik guru besar, bilik guru, 7 bilik darjah, sebuah perpustakaan, 3 bilik stor dan 2 tandas. Bilangan murid pada ketika itu ialah 160 orang. Sejak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh lima orang guru besar . Kini guru besarnya ialah Puan Ong Kuui Heyang yang memegang jawatan ini     bermula pada 1997. Bermula dengan murid yang seramai 160 orang pada awal penubuhannya, kini jumlah murid telah meningkat kepada 554. Selaras dengan perkembangan IT,

Sejarah Sekolah

​

sebuah makmal IT telah siap dibina pada tahun 2001 bagi menyediakan kemahiran IT kepada murid-murid.Pada tahun 2003, sekolah telah beroperasi di  bangunan baru yang merangkumi 12 bilik darjah, pejabat pentadbiran dan bilik-bilik lain. Pada tahun ini juga kelas pra-sekolah telah siap dan beroperasi sepenuhnya.Pancapaian murid telah menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa dimana pada tahun 2005 sekolah ini telah mencatat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR dimana seramai 13 orang murid telah mendapat 7A. 

Pada tahun 2009 dengan memecah rekod, UPSR tercatat 17.82% calon dan seramai 18 orang mencapai keputusan 7A. Manakala pada tahun 2010 GPS UPSR tercatat 1.96% dan mencecah rekod lulus semua mata pelajaran dengan 61.04%. Pada tahun 2013 GPS UPSR mencecah rekod sekolah dengan pencapaian 1.92 serta kelulusan semua mata pelajaran 70.42%. Calon yang mendapat 4A-7A meningkat ke tahap 49.35%, satu rekod yang cemerlang dalam  prestasi UPSR sekolah Pada tahun 2014, Pengerusi Pengelola Sekolah, Encik Ong Wee Seong KMN,AMN,BKM,PPN yang telah berkhidmat selama 23 tahun telah tamat perkhidmatannya dan       disambung oleh Encik Fan Kong Yau. Kini, sekolah ini sedang mengorak langkah ke hadapan dengan perkhidmatan penyayang dengan kumpulan      barisan pentadbiran, guru dan staf yang komited serta penyayang

Falsafah Sekolah

Membentuk anak murid yang cemerlang dalam semua aspek agar memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti

​

Insan Terdidik

​

Negara Sejahtera.

Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Hubungi Kami

SJK ( C ) KELANG LAMA,

09000 KULIM KEDAH

 

No Telefon :-  04-4903385 

Faks            :-  04-4903385

​

Email :-  KBC5043@moe.edu.my

BULETIN SEKOLAH
bottom of page